islam.iman.net

Zakat

  1. Zakat ialah sejumlah harta milik seseorang yang dikeluarkan (didermakan) kepada golongan tertentu dalam masyarakat.

  2. Frasa 'mengeluarkan zakat' dan 'membayar zakat' sebenarnya merujuk kepada rukun Islam yang sama. Ada kalanya orang mengambil hartanya (misalnya dalam bentuk beras) dan menyerahkan kepada penerima zakat (yang layak). Namun rasanya kebanyakan orang dalam masyarakat sekarang 'membayar zakat' dengan cara menyerahkan wang tunai (sering disebut duit zakat) kepada amil (pemungut zakat). Sebutan mengeluarkan zakat dan membayar zakat adalah bergantung kepada cara zakat itu diberikan kepada penerima zakat.

  3. Membayar atau mengeluarkan zakat adalah satu satu dari Rukun Islam. Oleh itu ia wajib dilakukan.

  4. Asnaf ialah golongan tertentu dalam masyarakat yang layak menerima zakat.

  5. Amil ialah gelaran kepada pemungut zakat, atau orang yang ditugaskan untuk menerima bayaran zakat dari pemberi zakat.

  6. Maksud zakat dari segi syarak ialah amalan mengeluarkan sejumlah harta tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk dibahagi-bahagikan kepada golongan tertentu yang layak menerimanya.

  7. Dari segi istilah, zakat bermakna bersih, suci, subur, berkat dan berkembang.

  8. Dalam konteks ini zakat sering disebut sebagai cara untuk 'membersihkan harta'.

  9. Zakat adalah fardhu ain (wajib dilaksanakan) bagi orang Islam yang telah cukup syarat sahaja. Bukan semua orang Islam layak membayar zakat. Golongan yang berkemampuan sahaja yang layak membayar zakat. Bagi orang Islam yang berkemampuan yang bermakna telah cukup syarat untuk membayar zakat maka hukumnya adalah wajib.

    Amil dan asnaf

  10. Penerima zakat disebut asnaf.

  11. Amil zakat ialah orang yang ditugaskan oleh pihak pengurusan zakat untuk mengutip zakat.

  12. Bolehkah bayar sendiri zakat kepada asnaf tanpa melalui amil zakat? Boleh. Namun perlu terlebih dahulu ada ilmu yang mencukupi tentang zakat, kadar bayaran, siapakah asnaf dan lain-lain yang berkaitan.

  13. Bolehkah bayar zakat secara atas talian (online)? Boleh. Telah lama dimulakan. Ada panduan, ada doa, dan boleh cetak resit bayaran. Untuk contoh, sila layari laman cara bayar zakat online.

    Syarat wajib bayar zakat

  14. Syarat wajib zakat ialah

    • Orang Islam

    • Orang merdeka (bukan hamba) yang mempunyai kuasa penuh atau hak penuh ke atas harta miliknya yang perlu dizakatkan itu

    • Hartanya telah cukup nisab iaitu sudah melepasi kadar minimum yang telah ditentukan oleh syarak

    • Hartanya telah cukup haul iaitu sudah cukup tempoh setahun menjadi miliknya


    Antara dalil wajib bayar zakat


  15. Ada 30 ayat al-Qur'an yang menyentuh tentang zakat. Antara dalil kewajipan mambayar zakat ialah:

    "Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu (Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

    Surah At-Taubah: 103

    Zakat fitrah dan zakat harta


  16. Ada dua jenis zakat iaitu zakat fitrah dan zakat harta.

  17. Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

  18. Zakat harta ialah zakat yang diwajibkan ke atas orang yang mempunyai harta tertentu dan harta tertentu itu telah cukup nisab dan haul.

  19. Antara contoh zakat harta ialah zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat KWSP, zakat emas dan perak, zakat perniagaan, zakat ternakan, zakat pertanian.


    Bila perlu bayar zakat?


  20. Zakat fitrah perlu dibayar di bulan Ramadan sehingga 1 Syawal sebelum solat sunat Idul Fitri.

  21. Zakat harta dibayar pada bila-bila masa sahaja apabila telah cukup nisab dan haul harta-harta yang berkenaan.


    Kadar bayaran zakat


  22. Nilai bayaran zakat fitrah adalah berdasarkan makanan asasi yang mengenyangkan. Di Malaysia, makanan asasi yang mengenyangkan itu ialah beras. Oleh itu di Malaysia, nilai bayaran zakat adalah mengikut nilai beras.


Rukun Islam


Mengucap kalimah syahadah

Solat lima waktu

Puasa Ramadan

Keluarkan Zakat

Megerjakan Haji (jika mampu)

Rukun Iman


Percaya pada Allah

Percaya pada para Malaikat

Percaya pada kitab-kitab Allah

Percaya pada Nabi dan Rasul

Percaya pada Hari Kiamat

Percaya pada qada' dan qadar

Ihsan


Maksud Ihsan