islam.iman.net

Percaya kepada Nabi dan Rasul

  1. Percaya kepada nabi dan rasul adalah rukun iman yang keenam.

  2. Dalam Al-Qur'an ada diceritakan tentang 25 orang rasul. Jumlah 25 orang nabi dan rasul inilah yang wajib diketahui oleh umat Islam.

  3. Hadis yang mengatakan jumlah nabi adalah seramai 124 ribu orang dan jumlah rasul adalah 315 orang adalah hadis palsu1.

  4. Namun yang pasti jumlah para nabi adalah ramai.

  5. Allah telah berfirman dalam Al-Qur'an Surah Al-Mu'min ayat ke-78 yang bermaksud:

    Kami telah mengutus beberapa utusan sebelum engkau, di antara mereka itu ada yang telah kami ceritakan kepadamu, dan ada pula yang tidak kami ceritakan kepadamu.

    1. Nabi Adam a.s

      • manusia pertama dicipta Allah
      • pernah tinggal di syurga sebelum diturunkan ke bumi
      • anggaran usia: 930 tahun
      • ketinggian 60 hasta
      • diturunkan ke bumi dari syurga bersama-sama Hawa
      • turun di bumi di tempat berasingan dengan Hawa
      • dipercayai bertemu semula dengan Hawa di bumi Arab (Jabal Rahmah)
      • disebut 25 kali dalam Al-Qur'an
    2. Nabi Idris a.s

      • generasi ke-6 Nabi Adam a.s.
      • anak pasangan kembar Qabil dan Iqlima
      • manusia pertama boleh membaca dan menulis
      • diizinkan Allah untuk merasai mati (sakaratul maut) dan kemudian dihidupkan semula
      • pernah melihat syurga dan neraka semasa masih hidup
      • menerima wahyu dari Malaikat Jibrail semasa berumur 82 tahun
      • anggaran usia: 345 tahun
      • disebut 2 kali dalam Al-Qur'an
    3. Nabi Nuh a.s

      • salah seorang Nabi Ulul Azmi
      • membina bahtera besar untuk umatnya dan segala jenis haiwan
      • banjir besar melanda dunia pada zamannya
      • anggaran usia: 950 tahun
      • wafat di Mekah
      • disebut 43 kali dalam Al-Qur'an
    4. Nabi Hud a.s

      • nabi kaum 'Aad
      • anggaran usia: 130 tahun
      • mukjizat menurunkan hujan dengan izin Allah
      • disebut 7 kali dalam Al-Qur'an
    5. Nabi Saleh a.s

      • anggaran usia: 70 tahun
      • berdakwah di kalangan kaum Tsamud
      • wafat di Mekah
      • mukjizat memunculkan unta betina hamil 10 bulan dari batu besar yang terbelah
      • disebut 10 kali dalam Al-Qur'an
    6. Nabi Ibrahim a.s

      • hidup di zaman Raja Namrud yang zalim
      • kaumnya bangsa Kaldan
      • anggaran usia: 175 tahun
      • terselamat dari api (dengan izin Allah) semasa cuba dibakar oleh Raja Namrud
      • menghancurkan berhala-berhala
      • mempunyai 13 anak termasuk Nabi Ismail dan Nabi Isyaq
      • membina (atau menyambung pembinaan) kaabah di Mekah
      • disebut 69 kali dalam Al-Qur'an
    7. Nabi Luth a.s

      • diutuskan kepada kaum Sodom
      • mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Ratsiya dan Za'rita
      • wafat di Syam (Syria sekarang)
      • anggaran usia: 80 tahun
      • disebut 27 kali dalam Al-Qur'an
    8. Nabi Ismail a.s

      • putera Nabi Ibrahim a.s dan Siti Hajar
      • terpancar air dari bumi di antara kedua kakinya (kemudian menjadi telaga Zam Zam)
      • anggaran usia: 137 tahun
      • hampir disembelih (kurban) oleh Nabi Ibrahim a.s
      • membantu bapanya membina kaabah
      • diutuskan di Mekah dan wafat di Mekah juga
      • mempunyai 12 orang anak
      • disebut 12 kali dalam Al-Qur'an
    9. Nabi Ishaq a.s

      • putera Nabi Ibrahim a.s dan Siti Sarah
      • adik kepada Nabi Ismail a.s
      • anggaran usia: 180 tahun
      • mempunyai 2 orang anak (termasuk Mabi Ya'akub a.s)
      • diutuskan kepada kaum Kan'an
      • disebut 17 kali dalam Al-Qur'an
    10. Nabi Ya'akub a.s

      • anggaran usia: 147 tahun
      • berdakwah di bumi Syam (Syria sekarang)
      • diutuskan kepada kaum Kan'an
      • putera kepada Nabi Isyaq
      • bapa kepada Nabi Yusuf a.s
      • mempunyai 12 orang anak lelaki dan dua anak perempuan
      • disebut 18 kali dalam Al-Qur'an
    11. Nabi Yusuf a.s

      • putera kepada Nabi Ya'akub a.s
      • anggaran usia: 110 tahun
      • sangat tampan dan mempersonakan
      • pernah dicampakkan oleh saudara-saudaranya ke dalam perigi buta
      • berkemampuan menafsirkan mimpi
      • pernah dipenjarakan
      • berdakwah di Mesir
      • mempunyai dua anak lelaki dan seorang perempuan
      • disebut 58 kali dalam Al-Qur'an
    12. Nabi Ayyub a.s

      • mempunyai 26 orang anak
      • antara nabi yang sangat berharta
      • diuji oleh Allah dengan menderita sakit kulit
      • anggaran usia: 120 tahun
      • disebut 4 kali dalam Al-Qur'an
    13. Nabi Zulkifli a.s

      • anggaran usia: 75 tahun
      • pernah diseksa dan dipenjarakan
      • disebut 2 kali dalam Al-Qur'an
    14. Nabi Syu'aib a.s

      • berdakwah di kalangan kaum Madyan yang suka menipu
      • mempunyai 2 anak perempuan
      • anggaran usia: 110 tahun
      • disebut 11 kali dalam Al-Qur'an
    15. Nabi Yunus a.s

      • anggaran usia: 70 tahun
      • berdakwah di bumi Irak di kalangan bangsa Asyria
      • ditelan ikan Nun sebelum diselamatkan oleh Allah
      • disebut 5 kali dalam Al-Qur'an
    16. Nabi Musa a.s

      • berdakwah di Sinai dalam negeri Mesir
      • menentang firaun
      • mempunyai dua orang anak
      • berdakwah di kalangan bani Israel
      • membelah Laut Merah semasa melarikan diri dari tentera Firaun
      • menerima kitab Taurat yang mempunyai 10 firman Allah
      • paling banyak disebut dalam Al-Qur'an iaitu 136 kali
    17. Nabi Harun a.s

      • berdkwah di Sinai, Mesir
      • anggaran usia: 123 tahun
      • disebut 20 kali dalam Al-Qur'an
    18. Nabi Ilyas a.s

      • anggaran usia: 60 tahun
      • berdakwah di bumi Lebanon
      • disebut 4 kali dalam Al-Qur'an
    19. Nabi Ilyasa' a.s

      • anak angkat Nabi Ilyas
      • anggaran usia: 90 tahun
      • wafat di Palestin
      • disebut 2 kali dalam Al-Qur'an
    20. Nabi Daud a.s

      • anggaran usia: 100 tahun
      • dikurniakan kitab Zabur
      • memiliki suara yang sangat merdu
      • berdakwah di bumi Palestin
      • bapa kepada Nabi Sulaiman a.s
      • berdakwah di kalangan bani Israel
      • disebut 18 kali dalam Al-Qur'an
    21. Nabi Sulaiman a.s

      • putera kepada Nabi Daud a.s
      • berdakwah di bumi Palestin
      • mempunyai kerajaan yang sangat besar dan kekayaan yang luar biasa
      • boleh memahami bahasa binatang termasuk burung dan semut
      • mampu menguasai angin
      • anggaran usia: 66 tahun
      • disebut 21 kali dalam Al-Qur'an
    22. Nabi Zakaria a.s

      • anggaran usia: 122 tahun
      • berdakwah di Palestin di kalangan bani Israel
      • disebut 12 kali dalam Al-Qur'an
    23. Nabi Yahya a.s

      • anggaran usia: 32 tahun
      • berdakwah di kalangan bani Israel di Palestin
      • disebut 5 kali dalam Al-Qur'an
    24. Nabi Isa a.s

      • anggaran usia: 33 tahun
      • tidak mempunyai bapa
      • bayi yang boleh berkata-kata
      • menghidupkan orang yang telah mati dengan izin Allah
      • anak Mariam
      • berdakwah di Palestin
      • diangkat oleh Allah ke langit
      • bakal turun semula ke bumi menjelang hari kiamat
      • disebut 55 kali dalam Al-Qur'an iaitu 11 kali disebut dengan gelaran al-Masih, 21 kali dengan nama Isa a.s dan 23 dengan nama Ibnu Maryam
    25. Nabi Muhammad s'a.w

      • berdakwah di Mekah dan Madinah
      • wafat di Madinah semasa berumur 63 tahun
      • anak yatim piatu
      • mempunyai tiga anak lelaki dan empat anak perempuan
      • bapa mentua kepada Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Umar Al-Khattab
      • menantu kepada Saidina Abu Bakar as-Siddiq
      • disebut 25 kali dalam Al-Qur'an
      • penutup segala nabi

Rukun Islam


Mengucap kalimah syahadah

Solat lima waktu

Puasa Ramadan

Keluarkan Zakat

Megerjakan Haji (jika mampu)

Rukun Iman


Percaya pada Allah

Percaya pada para Malaikat

Percaya pada kitab-kitab Allah

Percaya pada Nabi dan Rasul

Percaya pada Hari Kiamat

Percaya pada qada' dan qadar

Ihsan


Maksud Ihsan