islam.iman.net

Percaya pada Allah SWT

Rukun iman yang pertama ialah percaya kepada Allah SWT iaitu percaya kepada kewujudan dan keagungan Allah SWT dan meyakini bahawa Allah SWT adalah satu-satunya Tuhan yang layak disembah dan tiada sesuatu yang lain yang seumpama dengan-Nya. Percaya kepada Allah SWT turut bermakna meyakini bahawa hanya syariat Allah SWT yang mesti dipatuhi dalam segala aspek kehidupan manusia.

Allah SWT ialah Tuhan sekalian alam yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, yang menguasai Hari Pembalasan, yang paling layak disembah dan paling layak menjadi tempat kita memohon pertolongan.

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya".
(Surah Al-Ikhlas: 1-4)

"Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia. Yang Menguasai (sekalian alam). Yang Maha Suci. Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan). Yang Maha Melimpahkan Keamanan. Yang Maha Pengawal serta Pengawas. Yang Maha Kuasa. Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya). Yang Melengkapi segala Kebesaran-Nya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya."
(Surah Al-Hasyr: 23)

"Sesungguhnya Akulah Allah; Tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu sembahlah Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati-Ku."
(Surah Taha: 14)


Rukun Islam


Mengucap kalimah syahadah

Solat lima waktu

Puasa Ramadan

Keluarkan Zakat

Megerjakan Haji (jika mampu)

Rukun Iman


Percaya pada Allah

Percaya pada para Malaikat

Percaya pada kitab-kitab Allah

Percaya pada Nabi dan Rasul

Percaya pada Hari Kiamat

Percaya pada qada' dan qadar

Ihsan


Maksud Ihsan



Sifat 20 Allah

Asmaul Husna (Nama-nama Allah)