islam.iman.net
kupasan ringkas tentang Rukun Iman dan Rukun Islam
Rukun Islam.. Rukun Iman..


Hadis Jibrail dan definisi
Islam, iman dan ihsan

Hadis Jibrail ialah nama yang diberi pada hadis sahih yang diriwayatkan oleh kedua-dua Bukari dan Muslim yang dianggap sebagai induk ilmu sunnah. Hadis ini memberi definisi kepada persoalan Islam, iman, dan ihsan.

Daripada Saiyidina 'Umar r.a. beliau berkata: Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah s'a.w pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi s'a.w lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha baginda seraya berkata:

Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah s'a.w bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke Baitullah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.

Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang iman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para Malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, hari kiamat dan bahawa engkau percaya kepada qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau.

Dia berkata lagi:Terangkanlah kepadaku tentang ihsan. Baginda bersabda: ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Sekiranya engkau tidak dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang kiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: "Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?" Aku berkata: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Baginda bersabda: "Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu."



Rukun Islam


Mengucap kalimah syahadah

Solat lima waktu

Puasa Ramadan

Keluarkan Zakat

Mengerjakan Haji (jika mampu)

Rukun Iman


Percaya pada Allah

Percaya pada para Malaikat

Percaya pada kitab-kitab Allah

Percaya pada Nabi dan Rasul

Percaya pada Hari Kiamat

Percaya pada qada' dan qadar

Ihsan


Maksud Ihsan


  • Hadis di atas yang lebih dikenali sebagai Hadis Jibrail adalah daripada Saidina Umar Al-Khattab yang diriwayatkan oleh kedua-dua Bukhari dan Muslim.

  • Hadis istimewa ini menjelaskan tentang beberapa prinsip asas dalam Islam iaitu Islam, iman, ihsan, dan tanda-tanda kiamat.

  • Hadis ini memberikan gambaran menyeluruh tentang agama Islam yang merangkumi aspek zahir dan batin.

  • Antara rumusan hadis ini adalah ada lima Rukun Iman (batin) dan enam Rukun Islam (zahir) yang wajib dipatuhi oleh seluruh umat Islam.

  • Hadis ini dianggap sebagai induk ilmu sunnah kerana ia menjadi rujukan semua ilmu syariat.

  • Malaikat Jibrail datang menyerupai manusia. Malaikat Jibrail memberikan contoh yang baik semasa berada dalam majlis ilmu iaitu berpakaian kemas, dalam keadaan bersih dan tidak menyombong diri walaupun kedudukannya sangat mulia dan mempunyai ilmu yang tinggi.

  • Malaikat Jibrail memberi gambaran bahawa ada ketikanya orang yang bertanya itu adalah orang yang membenarkan jawapan yang ditanyanya. Orang yang bertanya tidak semestinya orang yang tidak tahu.

  • Apabila Jibrail mengiyakan semua jawapan yang Rasulullah s'a.w beri maka ini bermakna Jibrail telah memberi pengesahan kepada definisi dan konsep sebenar Islam, iman dan ihsan.

  • Hadis ini juga memberi gambaran bahawa ilmu Allah adalah tidak terbatas dan tidak dapat dicapai oleh akal manusia.

  • Rukun Islam adalah:

    • Mengucap dua kalimah syahadah
    • mendirikan solat lima waktu (solat fardhu)
    • Membayar zakat
    • Berpuasa di bulan Ramadan
    • Tunaikan haji
  • Rukun Iman adalah beriman atau percaya pada:

    • Allah SWT
    • Malaikat
    • Rasul-rasul
    • Hari Kiamat
    • Qadar baik dan buruk
  • Kiamat tidak dapat dilihat dan tidak diketahui bila akan berlaku, namun manifestasi iman akan menyebabkan umat Islam tetap percaya tentangnya.

  • Orang yang mengaku tahu bila berlakunya kiamat adalah pendusta besar.

  • Walaupun kejadian hari kiamat tidak dinyatakan bila, namun umat manusia diberikan tanda-tanda kemunculannya.

  • Hadis ini merumuskan perkara-perkara yang membentuk rukun iman dan rukun Islam.

  • Umat Islam seharusnya mempraktikkan rukun-rukun Islam dan mempercayai rukun-rukun iman dengan penuh ihsan, iaitu meyakini bahawa Allah mengetahui dan melihat apa yang kita kerjakan atau fikirkan. Orang yang mempunyai tahap ihsan yang tinggi adalah orang yang buat sesuatu bukan kerana manusia, tetapi kerana Allah SWT. Walaupun dia tidak nampak Allah, namun dia yakin bahawa Allah melihat dirinya dan apa sahaja yang dia lakukan.

web counter